Untuk menyediakan inisiatif rangkaian 4-tingkat ke atas Bandar Lestari yang melibatkan koridor peringkat global, kebangsaan, negeri / ekonomi dan tempatan.
Objektif
Untuk memberi sokongan kepada pelaksanaan SDG11 global terhadap Bandar dan Komuniti Lestari, Pelan Macro-Ekonomi ke-11 Malaysia keatas inisiatif yang berkaitan dengan Bandar-bandar Bersaing dan Bandaraya Pintar, peringkat negeri serta tempatan.
Menjadi platform untuk penyatuan, penyebaran, perkongsian pengetahuan, penjajaran dan penyelarasan pelbagai pihak berkepentingan dalam bidang Bandar Lestari.
Untuk mempamerkan pengajaran yang dipelajari dan mengiktiraf kisah kejayaan terhadap sesebuah inisiatif.
Memberi inisiatif pembinaan kesedaran dan peningkatan kapasiti dalam perkongsian dengan pihak NGO yang berkaitan, Ahli Akademik, pihak Kerajaan, Sektor Swasta dan Organisasi Antarabangsa.
Untuk menyediakan platform untuk projek berkaitan dari segi keterlihatan terhadap keupayaan teknologi, akses pasaran, pembiayaan dan hubungan dengan pembolehubah lain.